
MERANTAU

Phone di ragut di tengah malam

Perjalanan yang menyenak dan membimbangkan dari Medan ke Tanjung Balai

Pengalaman ngeri hampir di rompak dan di bunuh
MERANTAU 1
MERANTAU 2
Antara pengalaman ngeri yang telah ku lalui antaranya pintu bilik hotel di ketuk seawal jam 3 pagi dengan motif yang tidak pasti. Pernah juga bilik yang di diami di masuki orang yang tidak di kenali dengan ugutan, ancaman dan hampir di pukul. Perjalanan dari tempat ke tempat di ekori dan di pantau. Berikut ini ialah kisah perjalanan ku dari Medan Kuala Namo ke tempat tujuan ke Tanjung Balai.
​
Perjalanan dari Medan ke Tanjung Balai dengan menaiki kereta travel (sewa) memakan perjalanan seharian juga. Ini benar-benar amat meletihkan. Kita tidak punya banyak pilihan untuk memilih penggunaan kenderaan darat ke setiap daerah atau destinasi tempat tujuan di tambah pemandu tidak di ketahui latar belakang mereka yang mengemudi. Di sini (Indonesia) para pekerja yang ingin berangkat adalah perkara yang amat sensitif dan jika terbau rancangan itu di khuatiri akan di menafaatkan golongan yang ingin mencari peluang untuk memeras ugut wang, melapor dan lain-lain.
​
​
MERANTAU 3
Tidak terkira rasanya berapa kerap pengalaman ulang alik ke merata di negara orang dengan menelusuri pelbagai desa dan kampung. Belajar adat, etika dan adab penduduk di sini sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Aku sudah terbiasa bergaul dengan penduduk di sini yang mempunyai pelbagai budaya dan bahasa. Aku boleh bercampur dengan siapa saja tanpa mengenal kulit, warna dan rupa termasuklah hingga ke pengemis sekalipun. Di sebabkan sudah terbiasa tanpa sedar aku juga fasih dalam bicara bahasa mereka sehingga mereka tidak menduga bahawa aku adalah warga Malaysia, wahhhh menjadi juga penyamaran aku nih ha...ha....ha..
​
Kenapa aku ingin berkogsi pada pembaca ialah kerana adab atau culture setiap negara memang tidak sama di tambah kepayahan dan kesusahan hidup telah menjadi kebiasaan di negara tersebut dan menjadikan kehidupan yang penuh desakan dan nekad kepada menjalani arus kehidupan. Yang kurang iman perkara haram akan di halalkan dan yang terlebih parah kerana desakan hidup akan mengundang kepada jenayah terancang bagi meghalalkan cara!. Banyak yang telah ku lihat dan ku lalui di sini bagi pelajaran buat diri ku sendiri. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana mereka tidak menerima ujian yang sebegini rupa sehingga menjadikan anda buntu untuk menghadapi kehidupan sehari-hari yang penuh dengan tekanan dan bebanan.
​
Setiap kali selepas aku pulang dari merantau setiap kisah perjalanan yang ku lalui melalui pengalaman itu akan mengingatkan aku betapa aku harus bersyukur bahawa ujian yang di beri masih boleh di pertahan dan di lapangkan dada agar sentiasa merendah dan beringat bahawa tidak selalu kita ini akan sentiasa berada di atas dan jika di kurnia kesenangan sedikit dan cara yang paling mulia ialah membantu dan paling penting memberi semangat atau menyenangkan yang mana berada di bawah dan bukannya menghina, angkuh, takbur dan berbangga dengan rezeki yang di beri!.